Hyoyeon tak mudah melatah dengan cemuhan

AHLI kumpulan Girls’ Generation, Hyoyeon yang mempertaruhkan semula single terbaharunya berkongsi pandangan tentang kecaman yang diterima dalam Instagram.

Seperti artis lain, pelantun lagu Picture itu mengakui pernah tertekan berdepan kecaman netizen sehingga hilang kawalan.

Namun, kini Hyoyeon mendedahkan dirinya lebih terbuka menerima realiti tersebut dan memilih untuk tidak melenting.

“Dulu saya pernah mengelak untuk membaca (komen negatif). Sampai satu tahap, saya tidak memantau (komen peminat).

“Namun, sekarang jika saya melihat komen negatif saya akan fikir mereka kurang kawan sehingga sanggup tinggalkan kata-kata begitu.

“Jika tidak sebelum ini, saya berasa kurang tenang dan kadang-kadang rasa ingin pergi memarahi mereka,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok