Hyeri naik hantu servis penerbangan teruk

SUSULAN tiket penerbangan kelas bisnes (pertama) diturunkan kepada kelas ekonomi tanpa notis, anggota kumpulan Girl’s Day, Hyeri tampil meluahkan kekecewaan terhadap syarikat penerbangan Delta Airlines menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Hyeri, dia telah menempah tiket kelas bisnes sekitar sebulan lalu dan tidak dimaklumkan tentang sebarang pertukaran sepanjang tempoh sebulan ini.

Lebih teruk, tiada sebarang pulangan semula wang mahupun pampasan diberikan selepas proses pertukaran dilakukan.

“Satu-satunya pilihan yang mereka tawarkan kepada saya pada hari kejadian ialah sama ada menaiki penerbangan di kelas ekonomi, namun pada harga tiket kelas pertama atau tunggu penerbangan seterusnya.

“Ini adalah perkhidmatan paling tidak masuk akal yang pernah saya lalui,” tulis Hyeri dalam Instagramnya selain berkongsi gambar tiket penerbangannya.

Memetik satu laporan, Delta Air Lines setakat ini hanya memberi reaksi bahawa siasatan dalaman sedang diambil, selebihnya tiada tindakan dibuat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok