SELEBRITI sensasi, Zarina Anjoulie memerli penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice yang kini dalam usaha membongkar satu lagi skandal membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lew dan wanita Indonesia bernama Mondy Tattoo.
Menerusi siaran langsung (live) dalam TikTok, pelakon yang pernah popular dengan drama Anak Pontianak itu dengan sinikal berkata, dia tidak hairan dengan apa dilakukan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 35, itu.
Zarina atau mesra disapa sebagai Anju bertanya peminat tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ramai dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara terbabit.
Ketika sedang live, peminat memaklumkan bahawa Caprice sedang berusaha mendapatkan keadilan buat Mondy, namun Anju membalas dengan kata-kata sinikal.
“Of course Cap will be the first one (akan jadi yang pertama) menggeletis nak handle (selesaikan) benda ini. Hero Malaysia dan menggeletis,” katanya.
Terdahulu, satu Malaysia gempar dengan pendedahan berani mati seorang pensohor Indonesia bernama Mondy Tattoo yang mendakwa dirinya berdepan dengan gangguan seksual Ebit.
Kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa dan semalam, Caprice mendedahkan bahawa Mondy yang penuh bertatu satu badan termasuk wajahnya telah menandatangani surat akuan (SD) bahawa semua yang didedahkannya adalah benar.
Caprice turut memberitahu, dia mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Mondy sepanjang berada di Malaysia. – HIBGLAM