Hati ini bukan milik sesiapa – Anna Jobling

LIMA tahun berhempas-pulas melakar nama, Anna Jobling kini mampu tersenyum bahagia apabila bakatnya diperakui ramai bukan sahaja dalam industri seni tanah air bahkan negara jiran.

Dek kerana itu, si cantik berusia 23 tahun enggan membuang masa memikirkan soal cinta yang tidak tahu bagaimana hujung pangkalnya dan lebih cenderung fokus memperkukuhkan kerjaya.

“Tiada masa untuk bercinta, umur saya masih lagi muda.  Saya bukan milik sesiapa, saya hanya milik diri saya sendiri.

“Buat masa sekarang, saya hanya fokus pada kerjaya, itu yang paling utama.  Saya tidak mahu mensia-siakan usia muda  dengan perkara yang tidak penting.

“Meniti usia 23 tahun ini, saya kena kerja keras kerana ada matlamat yang harus saya capai, banyak yang perlu saya realisasikan,” ujarnya.

ANNA kini menjalani penggambaran drama The One di Bali, Indonesia.

Membiarkan soalan cinta bernoktah di situ, Anna seterusnya berkongsi pengalaman berkampung di Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran drama bersiri The One yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Jelas Anna, perasaannya bagai dilanda gelora yang sukar untuk diluahkan, namun apa yang pasti, dia mahu lakukan yang terbaik memandangkan peluang tidak datang berkali-kali.

“Perasaan saya berdebar kerana saya ke sana ibarat membawa nama Malaysia, lakonan saya kena setara dengan barisan pelakon lain.

“Daripada situ, saya sematkan semangat dalam diri saya bahawa akan lakukan yang terbaik, sekali gus membanggakan peminat dan rakyat Malaysia.

“Syukur semua pelakon yang terlibat sangat ramah dan mengalu-alukan kedatangan saya bahkan mereka kelakar sehingga membuatkan saya selesa seterusnya melenyapkan perasaan gugup,” katanya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok