PENGACARA dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi momen bahagia apabila pelakon, Diana Danielle menerima jambangan bunga daripada suami tercinta, Farid Kamil.
Diana terima bunga, Neelofa tumpang gembira
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Neelofa dalam InstaStory miliknya, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson menerima hadiah istimewa itu sewaktu menjalani sesi fotografi jenama tudung, Naelofar.
“Daripada siapa tu? Opsss! Sorry (maaf),” usik Neelofa sambil merakam aksi ‘malu-malu kucing’ Diana memeluk dan mencium bunga yang dihadiahkan Farid buatnya.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Neelofa apabila dia turut meminta diberikan jambangan bunga daripada suaminya, Haris Ismail.
“FK (Farid Kamil) hadiahkan bunga masa Diana di set Naelofar. Sayang, nak bunga ‘please’. Warna biru okey,” tulis Neelofa.
Perkongsian Neelofa turut diulang siar Diana dalam InstaStorynya sambil meletakkan emoji ‘cair’ dan ‘mini love’ untuk suaminya.
Pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Bagaimanapun, selepas 21 hari berpisah, pasangan yang telah 11 tahun berkahwin itu kembali rujuk pada 31 Ogos lalu. – HIBGLAM