Fan meeting Twice laris macam ‘pisang goreng’

Kumpulan Twice terus menjadi igauan peminat apabila tiket fan meeting mereka habis terjual dalam masa yang singkat.

Meskipun baru sahaja menamatkan konsert jelajah antarabangsa, penjualan tiket yang dibuka pada 25 September lalu laris bagaikan ‘pisang goreng’.

Perjumpaan bersama peminat yang dijadualkan pada 21 Oktober ini akan berlangsung di Dewan Olimpik, Seoul.

Difahamkan, perjumpaan nanti akan diadakan dalam dua sesi bagi memberi peluang kepada semua peminat berhibur dengan Twice yang kian mendunia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok