Dong-ho, Yoonjo mahu berkasih sampai mati

BEKAS anggota kumpulan Hello Venus iaitu Yoonjo bakal menamatkan zaman bujangnya dengan aktor Kim Dong-ho pada bulan November.

Dedah pemilik nama lengkap Shin Yoon-jo itu, Dong-ho merupakan lelaki yang sangat memahami dan sentiasa berada di sisi ketika dia berdepan masalah.

“Saya sudah berjumpa dengan orang yang saya mahu habiskan masa sepanjang hayat dan kami akan berkahwin sebelum musim sejuk tiba.

“Dia selalu memberi kekuatan ketika emosi saya tidak stabil dan sentiasa ada bersama saya.

“Kami akan sentiasa memikirkan antara satu sama lain terlebih dahulu, menyayangi dan berjalan bersama ke arah kehidupan sempurna,” kata Yoonjo.

Pasangan terbabit asalnya cuma rakan sekerja dan kemudian jatuh hati dan saling mencintai.  

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok