DILABEL penyondol, anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim menyahaktifkan komen pada setiap hantaran dalam akaun Instagramnya.
Tidak cukup dengan itu, netizen berterusan membanjiri Instagram Norman dan AbbY dengan pelbagai komen negatif mendakwa anak dara mereka sebagai punca perceraian suami orang yang menjadi kekasihnya.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial pendedahan ibu kepada dua cahaya yang membongkar kisah kecurangan bekas suaminya dengan gadis berusia 18 tahun.
Wanita terbabit menerusi satu hantaran di platform X mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa sebagai penyebab utama dia diceraikan.
Sebagai bukti, wanita itu turut menampilkan resit dengan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya di sebuah hotel di ibu negara.
Dakwanya lagi, biarpun gadis itu bersama keluarga datang memohon maaf dengan menyatakan tidak akan mengganggu lagi rumah tangganya, itu hanya janji kosong apabila perceraian tetap berlaku.
Wanita terbabit turut memaklumkan sudah meminta izin Norman dan Abby untuk mendedahkan kisah kecurangan terbabit selain membuat laporan polis.
“Keluarga pihak sana memang sedia tahu. Memang nak viralkan perkara ini sebab tidak ada solusi (penyelesaian),” tulisnya dalam aplikasi X.
Rentetan itu, rata-rata netizen mengecam Marissa dan menyifatkan gadis berusia 18 tahun itu tidak memikirkan masa hadapan.
“Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, umur muda lagi tapi tak memikirkan masa hadapan.
“Agaknya sudah menjadi trend anak muda kempunan suami orang,” demikian komen seorang netizen – HIBGLAM