Dihambat kontroversi, Seunghan mohon maaf

SELEPAS gambar bercumbu dengan teman wanita di sebuah hotel tersebar sehingga menjejaskan reputasi kumpulan RIIZE, Seunghan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Seunghan mengakui sangat menyesal dengan tindakan tersebut kerana mengganggu kelancaran aktiviti promosi penampilan sulung kumpulannya.

“Saya memohon maaf kepada peminat yang menyokong RIIZE. Disebabkan isu peribadi, ahli kumpulan lain turut terjejas.

“Saya sedar telah mengecewakan anggota lain dan kakitangan yang bertungkus-lumus menyiapkan penampilan sulung kami.

“Saya tidak boleh menyalahkan orang lain, apa yang berlaku adalah kerana kecuaian sendiri. Saya lalai, saya pentingkan diri sendiri.

“Mulai sekarang, saya akan mengutamakan kumpulan dan akan lebih menjaga tingkah-laku, bukan sahaja di atas pentas tetapi dalam semua situasi,” tulisnya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram miliknya.

Sementara itu, agensi kumpulan RIIZE, SM Entertainment difahamkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan foto tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok