Demi wajah sempurna, Lee Se-young sanggup seksa diri

BIARPUN melakukan pembedahan plastik dan menyuntik botoks pada 2021, perubahan wajah pelawak Lee Se-young masih menjadi bualan netizen hingga ke hari ini.

Meski banyak perubahan dilakukan, ramai berpendapat, struktur wajahnya masih kelihatan seperti asal, terutama apabila tidak memakai sebarang ‘filter’ dalam media sosial.

Tanpa berselindung selebriti berusia 34 tahun itu mendedahkan pernah menjalani pembedahan kelopak mata atau blepharoplasty dan pembesaran mata selain prosedur membetulkan kedudukan mata.

Akuinya, usaha mendapatkan wajah sempurna sangat mencabar. Sebelum pembedahan, bintang drama Reply 1988 itu perlu menjalani diet ketat,  bersenam serta melakukan beberapa prosedur kosmetik termasuk suntikan hidung dan botoks.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok