Rajin menderma demi membantu golongan yang kurang bernasib baik, penyanyi Chuu kini dilantik sebagai duta bagi Community Chest of Korea.
Gembira dengan pelantikan tersebut, Chuu berjanji akan sedaya upaya menggunakan pengaruhnya untuk mengajak lebih ramai orang turut serta menderma dan melakukan kerja-kerja kebajikan.
“Selaku duta, saya akan berhempas pulas melakukan yang terbaik untuk mengajak orang ramai turun membantu golongan memerlukan, mungkin ramai sudah maklum tapi ramai juga yang belum ada kesedaran.
“Saya berharap semua orang termasuk peminat saya untuk terus menyokong Community Chest of Korea agar nasib golongan yang kurang bernasib baik akan terbela sama rata,” kata Chuu.
Community Chest of Korea ialah pertubuhan yang dilancarkan sekitar tahun 1998 dan merupakan satu-satunya badan amal yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan di Korea Selatan, sekali gus menjadikan organisasi tersebut sebagai institusi kebajikan terbesar di Korea Selatan.