Chaeyoung, Coco & Clair Clair bergabung

DEMI mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi Chaeyoung akan bekerjasama dengan artis antarabangsa, Coco & Clair Clair.

Pasangan duo Coco & Clair Clair baru-baru ini mendedahkan senarai lagu dalam album terbaharu mereka dan juga nama artis yang turut sama terlibat.

Mata peminat lebih tertumpu kepada lagu terakhir berjudul Pop Star apabila nama ahli kumpulan Twice itu menjadi penyanyi yang bersama-sama menjayakan projek berkenaan.

Perkara tersebut mencetuskan kekecohan dalam industri muzik memandangkan gaya muzik Twice dan Coco & Clair Clair yang jauh berbeza.

Begitupun, peminat tidak sabar menantikan gabungan bakat K-pop Chaeyoung dengan bunyi pop kreatif daripada Coco & Clair Clair.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok