Ben sindir wanita bangga wajah ‘pan-Asia’?

PELAKON, Ben Amir mencuri perhatian ramai apabila memuat naik kenyataan berbaur sindiran terhadap wanita yang bangga memiliki raut wajah ‘pan-Asia’.

Pemilik nama lengkap Muhammad Amir Sabaruddin itu menyatakan dia dan wanita terbabit berada di tahap berbeza kerana dia memiliki wajah seriras aktres, Lisa Surihani.

“You (awak) bangga muka campuran mat salleh. Saya campuran wajah Lisa Surihani.

“Kita tidak berada di tahap yang sama,” kat Ben dalam aplikasi X.

Rata-rata terhibur dengan ciapan yang meraih16,000 tanda suka itu sehinggakan peminat tidak percaya akaun X terbabit dikendalikan oleh Ben sendiri.

“Siapa admin (pengendali) untuk akaun Ben Amir ini? Sejak bila dia bersikap begini,” kata peminat.

Berdasarkan pemerhatian, sindiran Ben seakan-akan ditujukan kepada peserta uji bakat Dewi Remaja 2023 yang dikenali sebagai Nina Smith kerana mengakui berdarah ‘mat saleh’.

Dalam satu temu bual, wanita berusia 24 tahun itu mendedahkan dirinya kurang keyakinan diri kerana wajahnya tampak kemelayuan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok