Bawa Marissa jalani pemeriksaan doktor, bersihkan nama – Netizen

GARA-GARA terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjadi orang ketiga ‘menghancurkan’ rumah tangga sepasang suami isteri, pelakon Norman Hakim disaran supaya membawa anak perempuannya, Marissa Dania Hakim menjalani pemeriksaan doktor oleh netizen.

Tujuannya adalah untuk membersihkan semula nama gadis berusia 18 tahun itu, selain untuk membuktikan dirinya tidak bersalah ekoran kontroversi hangat yang tular sejak semalam itu.

Selain melakukan pemeriksaan doktor, pelakon berusia 47 tahun itu juga disaran untuk melakukan semakan pada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel yang didakwa pernah diinap oleh Marissa bersama lelaki terbabit.

“Sebagai seorang bapa, Norman mungkin boleh bersihkan nama anaknya. Bawa Marissa buat check (periksa)dengan doktor untuk buktikan dan buat semakan CCTV (di hotel) pada 8 dan 9 Jun 2023,” cadang seorang netizen.

Dalam pada itu, pengguna Instagram tersebut turut mendoakan agar segala urusan gadis berusia 18 tahun itu dipermudahkan kerana mengenalinya sebagai seorang penghafal al-Quran (hafizan).

“Semoga Allah SWT bantu mudahkan urusan keluarga ini untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Marissa yang juga pelakon, Abby Abadi didapati telah menukar status Instagramnya kepada peribadi (privacy) sejak kisah anak daranya tular.

Semalam, nama gadis yang dikenali kerana kecantikannya itu menjadi topik trending dalam aplikasi X atau Twitter selepas seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan.

Marissa Dania didakwa menjadi orang ketiga dan meruntuhkan rumah tangga wanita berkenaan yang mempunyai dua orang anak kecil.

Susulan tular tentang anak gadisnya, Abby Abadi tampil memberi respon dalam InstaStory dan memaklumkan dia akan memberi jawapan tidak lama lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok