Bapa meninggal, Anna Jobling tak dapat tatap jenazah buat kali terakhir

DIRUNDUNG kesedihan namun hanya mampu berdoa dari jauh.

Itu beban rasa ditanggung pelakon Anna Jobling yang kehilangan bapa kandungnya namun tidak dapat menatap wajah lelaki pertama dalam hidupnya itu buat kali terakhir lantaran tuntutan kerja.

Anna yang kini berada di Bali bagi sebuah penggambaran drama tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian bapanya di United Kingdom (UK) akibat sakit jantung malam tadi.

Khabar duka itu dimaklumlan pengurusnya, Shawn Amer.

“Allahyarham meninggal dunia malam tadi di UK akibat sakit jantung.

“Anna tidak dapat berada di sisi bapanya buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.

Bintang drama Melur untuk Firdaus itu turut mengesahkan berita itu menerusi akaun Instagramnya.

“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi,” kongsinya.

“Mohon jasa baik anda semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah,” kata Anna yang menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang hebat dan sentiasa menyokongnya.

Difahamkan, ketika ini Anna berada di Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran drama bersiri, The One untuk sebuah laman penstriman atau Over-The-Top (OTT). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok