Baju nampak lurah dada, Ruhainies salah beli ‘inner’

DIKECAM mahukan perhatian dengan berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya, pelakon Ruhainies  menyalahkan diri sendiri kerana tidak peka tentang busana digayakan dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Jelas pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, perkara tersebut tercetus apabila dia tersilap memilih baju bahagian dalam yang tidak dapat menutup sepenuhnya dada.

“Saya tidak salahkan stylist mahupun baju tersebut, pada asalnya persalinan itu biasa , cantik dan sopan malah menutupi seluruh bahagian tubuh saya kecuali dada.

“Saya ada beli ‘inner’ (baju bahagian dalam) cuma malangnya tak perasaan inner tersebut tidak tutup sepenuhnya bahagian dada.

“Silap saya sebab tidak cuba lebih awal kerana masa sangat suntuk dan tiada pilihan, jadi saya buat keputusan untuk pakai namun tutup dengan blazer dan tangan pada bahagian dada ,” katanya ketika dihubungi HibGlam hari ini.

Sementara itu, aktress berusia 31 tahun itu berkata dia sendiri tidak selesa dengan penampilan tersebut dan bertindak membeli pakaian alas dalam lain bagi menutup bahagian terdedah.

“Sampai sahaja di majlis itu saya sendiri rasa tidak selesa dan terus beli inner lain dan tukar, kiranya sekejap sahaja bahagian dada saya terdedah.

“Saya belum bertudung, isu seksi bukan benda baharu, mungkin sebelum ini peminat melihat saya selalu tampil sopan sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video dikongsi  rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah acara di ibu negara.

Rentetan itu, ramai berpendapat aktres itu sengaja mencetuskan kontroversi menerusi penampilan seksi tersebut.

“Nampak tak selesa dia pakai baju itu. Sudah pakai baju sebegitu tetapi hendak sorok-sorok pula, sengaja ke? Mahukan perhatian?,”demikian komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok