Azhar Sulaiman kalis kontroversi

DILABEL bapa yang gagal mendidik anak apabila dikatakan tidak mampu mengawal kelakuan anak daranya, Kasih Iris Leona, aktor Azhar Sulaiman tidak pernah sekali pun melatah.

Azhar sebaliknya tenang bahkan tidak menyalahkan masyarakat yang cenderung memerhati rapat Leona dan dua lagi anaknya, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin kerana statusnya sebagai selebriti.

Bagi Azhar Sulaiman, seburuk-buruk Leona di mata netizen, gadis berusia 24 tahun itu tetap darah dagingnya sendiri.

“Ada orang persoalkan bagaimana cara saya mendidik anak. Saya beritahu mereka, cara saya mendidik anak tidak sama dengan orang lain.

“Apa yang saya buat adalah antara saya, anak-anak dan Tuhan. Yang ‘menjawabnya’ juga nanti adalah saya,” kata bekas pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 1990/1991 itu.

AZHAR sudah lali dengan sikap manusia yang cenderung memperkatakan hal yang buruk dan sensasi.

Sebagai seorang artis, Azhar cukup sedar kecenderungan netizen terhadap cerita-cerita bersifat kontroversi dan sensasi kerana perkara sebegitu lebih menarik perhatian.

Malah kata Azhar, dia tidak rimas dengan kritikan yang sering dilemparkan ke atas anaknya kerana faham skop kegilaan netizen.

“Lumrah manusia ingin tahu sesuatu, lagi-lagi tentang keburukan. Sensasi itu yang menarik perhatian masyarakat.

“Saya tidak rimas apabila orang selalu kritik anak saya. Kerana saya sudah pun ‘bermain’ dengan permainan ini (menjadi selebriti).

“Lagi pun saya tidak boleh mengharapkan pujian semata-mata. Bila orang puji, kita suka. Tapi bila orang keji, takkan kita nak melenting pula. Saya kena terima semuanya,” jelas Azhar.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok