1.1K
INILAH yang dikatakan, santan kelapa, makin tua, makin lemak.
Itu yang terlintas dalam fikiran selepas melihat bekas model dan pelakon terkenal, Azah Aziz catwalk dalam sebuah pertunjukan fesyen menggayakan satu jenama terkenal tempatan di ibu negara baru-baru ini.
Indah dalam persalinan gaun labuh berwarna hijau, Azah yang berusia 50 tahun itu kelihatan persis anak dara.
“Ini pertama kali catwalk selepas kali terakhir pada 2010,” kata Azah.
Selain Azah, model terkenal seperti Nasha Aziz dan Amber Chia juga terlibat dalam acara tersebut.
Rata-rata netizen yang merindui Azah memuji kecantikannya yang tidak dimamah usia.
“Sudah lama tak lihat Azah bersiap cantik begini, macam kembali ke era 1990-an,” kata netizen.