Amir si cilik bersuara emas

KECIL-kecil cili padi. Peribahasa tersebut cukup menggambarkan bakat besar yang dimiliki salah seorang peserta program The Chosen One, Amir.

Dia meraih tumpuan ramai sehingga tular dalam media sosial selepas membuatkan seorang juri program tersebut, Datuk Awie menitiskan air mata selepas Amir mendendangkan lagu Sesungguhnya nyanyian asal kumpulan Raihan.

“Dia ada sesuatu yang unik dan cara menyampaikan lagu sangat menyentuh hati,” komen vokalis kumpulan Wings itu.

Bukan sahaja Awie, seorang lagi juri, Jihan Muse turut tersentuh dengan persembahan Amir.

Disebabkan persembahan tersebut, Amir menjadi tular dalam media sosial malah ramai menyifatkan kanak-kanak Orang Asli memiliki bakat emas yang tidak seharusnya disia-siakan.

“Harap dia menjadi bintang dan penyanyi contoh satu hari nanti.

“Nyanyian dia ada ‘sesuatu’, sebak mendengarnya,” komen netizen.

Selain Sesungguhnya, persembahan Amir mendendangkan Untukmu Ibu lagu asal Exists turut membuatkan ramai menitiskan air mata.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok