Alami kebimbangan melampau, Lia Itzy direhatkan

KUMPULAN Itzy akan bergerak tanpa ahlinya, Lia yang kini direhatkan kerana mengalami masalah kebimbangan melampau.

Perkara tersebut diumumkan agensi Itzy, JYP Entertainment dalam satu kenyataan.

Lia atau lebih dikenali dengan nama Julia Choi itu akan berehat buat sementara waktu sehingga benar-benar pulih.

“Lia sudah berjumpa doktor selepas mengalami kebimbangan yang teruk.

“Semasa rundingan, dia dinasihatkan berehat dan mengikuti sesi rawatan. Selepas beberapa perbincangan, Lia tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang jadual mulai sekarang.

“Kami memohon maaf kepada peminat kerana mencetuskan kerisauan. Kami akan memaklumkan kalian sebaik sahaja Lia kembali bekerja,” kata wakil JYP Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok