Alahai Neelofa, romantiknya

TIDAK selalu menunjuk momen manis bersama suami, tetapi sekali tayang, terus bersemut!

Itu yang dikongsi Neelofa menerusi Instagramnya baru-baru ini dengan memuat naik foto berpegangan tangan bersama Haris Ismail ketika tersekat dalam kesesakan lalu-lintas.

“Kesesakan lalu lintas? Lebih kepada peluang untuk berpegangan tangan! #sekalisekala #takpostkangnantiorangingattakdelak,” kata bekas pengacara MeleTOP itu ringkas.

Paling menarik perhatian Diva pastinya tanda pagar yang ditulis Neelofa iaitu ‘tidak kongsi nanti orang lain ingat tiada pula’.

Alahai biarkan sahaja orang nak cakap apa Neelofa, fokus sahaja pada keluarga dan abaikan semua kata-kata negatif.

Apapun, tak sabar nak tengok muka Abbas, bila agaknya nak kongsi ya?

DIVA: Adakah perkataan paling popular tahun ini ialah penyondol? Hampir setiap bulan pasti
ada isu berkaitan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok