Sudah namanya suami isteri, buat apa pun tak salah, sebab itulah Wawa Zainal dan Aeril Zafrel tak ada masalah kongsi gambar cium mulut dalam media sosial.
Dalam video pendek berdurasi 20 saat yang dimuat naik oleh salah seorang ejen tudungnya, Wawa Scarves memaparkan pasangan itu sedang beraksi mesra.
Video tersebut seperti video lama tetapi dimuat naik semula oleh ejen tersebut untuk mempromosikan tudung Wawa Scarves keluaran bersama Wawa x KimNi.
Menerusi video itu, Wawa dan Aeril yang sedang berpelukan ketika berada di pantai pada waktu senja itu diusik pekerjanya agar mereka bercium.
Lalu bibir mereka bersentuhan dalam beberapa saat dan masing-masing tersipu malu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pasangan itu yang sentiasa romantis.
Diva tak cemburu pun walaupun masih single. Cuma hati rasa kurang senang sikit sebab tak nampak kurang manis menjadi tontonan orang ramai.
DIVA: Sangat bersetuju jika penyanyi Ziana Zain diberikan anugerah gelaran Datuk!