Zhang Hao jalani kuarantin

BIARPUN kisah jangkitan Covid-19 sudah tidak lagi menjadi perhatian, tetapi apabila melibatkan penyanyi Zhang Hao, hal itu tetap membuatkan peminat berasa bimbang.

Difahamkan, penyanyi berusia 23 tahun itu tidak dapat menghadiri acara perjumpaan peminat yang dijadualkan pada 25, 26 dan 27 Ogos lalu.

Sebelum disahkan Covid-19, keadaan penyanyi kumpulan Zerobaseone itu tampak lemah selain mengalami sakit-sakit badan. 

Hasil ujian dia disahkan menghidap Covid-19 dan dinasihatkan berehat untuk beberapa hari.

Penyanyi asal China itu kini dikuarantin selama lima hari untuk mengelak penularan jangkitan, terutama sekali kepada ahli Zerobaseone yang lain. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok