Yoseob tak goyang dilabel kerdil

ANGGOTA kumpulan Highlight, Yoseob enggan menghiraukan sikap netizen yang sentiasa menjadikan fizikalnya sebagai bahan jenaka.

Menerusi sesi ‘Ask Me Anything’ dalam Instagram, seorang netizen mengemukakan soalan dan bertanyakan adakah penyanyi itu merasa rendah diri apabila sering dilabel idola kerdil dan tidak cukup kalsium hanya kerana tidak mempunyai ketinggian seperti penyanyi lain.

Tidak mudah melatah, Yoseob dengan tenang menjawab dirinya tidak pernah rasa kurang yakin dengan ketinggiannya.

Tidak, saya tidak pernah rasa begitu. Ramai orang mengalami masa yang sukar dan sentiasa ‘insecure’ kerana tidak berapa tinggi.

“Bagi saya, orang yang sememangnya lawa akan tetap menawan meskipun tidak mempunyai ketinggian seperti model. Apa yang pasti, hargai diri sebaiknya, bersyukur apa yang Tuhan bagi kepada kita,” ujar Yoseob.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok