Yoo Tae-jin ada kriteria wanita idaman Jong-kook

KEHIDUPAN peribadi penyanyi Kim Jong-kook kekal misteri walaupun peminat berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan maklumat.

Namun, baru-baru ini dalam rancangan realiti My Little Old Boy, Jong-kook mendedahkan wanita idealnya adalah seperti penyampai berita sukan jelita iaitu Yoon Tae-jin.

Semuanya bermula apabila Jung-kook leka menerangkan ciri-ciri wanita idaman sambil pelakon Cha Tae-hyun cuba membayangkan lakaran wanita idamannya itu.

Sebelum itu, peserta program realiti terkenal Running Man itu membangkitkan minatnya terhadap pasukan bola sepak wanita FC Anaconda.

Perkara tersebut sekali gus menyebabkan peminat mula bercakap mengenai hubungannya dengan Tae-Jin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok