YG Entertainment sambar Park Yoo-na

Memiliki aura luar biasa, pelakon Park Yoo-na diburu ramai penerbit dan menandatangani kontrak eksklusif dengan label gergasi, YG Entertainment.

Selain lakonan, YG Entertainment ingin mengembangkan potensi lain yang ada dalam diri bintang drama Hotel Del Luna itu.

“Yoo-na pelakon yang mempunyai perwatakan menawan dan ada tarikan dalam visual lakonannya.

“Kami akan menyokong secara aktif agar Yoo-na  dapat pergi lebih jauh dalam industri hiburan,” kata wakil YG dalam satu kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok