Yeol-em pilih lelaki tua?

PELAKON Lee Yeol-em dan pengarah Han Jae-rim dilaporkan sedang menjalinkan hubungan percintaan walaupun berjarak usia 21 tahun.

Hubungan mereka bermula semasa menjalani penggambaran sebuah naskhah bersiri untuk platform penstriman (OTT) berjudul Money Game yang ditayangkan pada Disember tahun lalu.

Percubaan media Korea mendapatkan pengesahan berhubung perkara berkenaan sebenarnya agak sulit.

“Sukar untuk mengesahkan perkara ini kerana melibatkan kehidupan peribadi pelakon itu,” kata agensi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok