[VIDEO] Hafreez Adam calon suami, menantu idaman Malaya 

“BUKAN takut tapi sayang (isteri).”

Demikian kapsyen pelakon Hafreez Adam yang mengundang perhatian peminatnya apabila memuat naik video melakukan kerja-kerja rumah sehingga dianggap sebagai calon suami idaman.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi rutinnya seperti memasak, membasuh dan melipat pakaian serta mencuci tandas.

Sekadar gurauan, Hafreez memberi bayangan suatu hari nanti jika dia mendirikan rumah tangga, dia akan melakukan semua kerja-kerja rumah itu demi isterinya.

Perkongsian mencuit hati pelakon yang pernah membintangi drama Tarik Aku Ke Syurga itu disambut dengan pelbagai komen peminat terutama dalam kalangan wanita yang berhasrat untuk memiliki suami sepertinya.

Rata-rata menganggap bahawa pelakon itu boleh menjadi calon suami idaman kerana rajin dan boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Beruntung siapa kahwin dengan Hafreez Adam pandai segala-galanya dan rajin,” ujar seorang netizen.

“Rajinnya. Boleh nampak material seorang calon suami,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Calon menantu idaman mentua,” usik seorang netizen.

Hafreez sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Zara Zaya selepas menjalin hubungan cinta sejak 2018.

Bagaimanapun, hasrat untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian apabila masing-masing membuat keputusan untuk berpisah sebulan kemudian pada 2019.

Pada 2021, Hafreez kemudian digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Azar Azmi sebelum hubungan mereka tiba-tiba sepi tanpa sebarang perkembangan. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok