IU jadi marshmallow

Penyanyi IU membuat kejutan istimewa buat ahli kelab peminatnya apabila tampil di sebuah pameran khas anjuran peminatnya sendiri yang menghargai kerjayanya selama 15 tahun bergelar anak seni.

Menariknya, IU membuat penampilan istimewa itu dengan memakai kostum karakter marshmallow dan bergaul dengan peminat sambil berbual dengan mereka, selain turut membeli barangan yang dijual di pameran tersebut.

Setelah hampir 20 minit berselindung di sebalik kostum tersebut, IU membuka kostum dan mempamerkan wajahnya di hadapan peminat yang ketika itu jelas terkedu melihat idola pujaan mereka berada di depan mata.

Susulan itu, dengan sekelip mata IU diserbu peminat sehingga ruang pameran menjadi gegak gempita malah turut menjadi bualan hangat dalam media sosial.

“Sebab itu IU sentiasa disayangi, dia tidak sombong dengan peminat, ada saja caranya untuk menghargai usaha peminat,” komen seorang netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok