Tiket konsert 2PM licin macam pisang goreng

TIKET konsert It’s 2PM sempena ulang tahun ke-15 kumpulan 2PM licin terjual dalam masa yang singkat rentetan permintaan tinggi daripada peminat.

Konsert yang dijadualkan berlangsung di Gimnasium Tertutup Jamsil di Seoul, Korea Selatan pada 9 hingga 10 September hadapan ditawarkan secara eksklusif kepada kelab peminat rasmi kumpulan tersebut yang digelar Hottest.

Meskipun banyak tiket tambahan telah disediakan penganjur, ramai peminat terpaksa berputih mata apabila tiket tambahan tersebut juga habis dijual dalam sekelip mata.

Konsert tersebut merupakan konsert solo pertama 2PM dalam tempoh enam tahun sejak mereka berehat.

Atas alasan tersebut, peminat berlumba-lumba untuk membeli tiket kerana sudah lama menantikan hiburan langsung daripada idola mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok