Tiga bulan tak berhubung, itu cara Fyna bertenang – Ayda Jebat

Saya sudah tidak berhubung dengan Fyna sejak kira-kira tiga bulan lalu. Dia menghilangkan diri. Panggilan telefon tak berjawab. Mesej pun tak balas.”

Demikian respons penyanyi Ayda Jebat mengenai keadaan terkini adiknya, Fyna Jebat atau nama sebenarnya, Nur Syafizan Jebat, 29.

Pemilik nama penuh Nur Suhada Jebat, 32, itu berkata dia tidak terkejut dengan tindakan adiknya kerana itu cara dia mahu menenangkan diri selepas terpalit kontroversi berkahwin secara rahsia dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan.

“Dia (Fyna) mungkin mahu bertenang. Saya tidak terkejut (dengan tindakan Fyna) kerana itu memang cara dia.

Fyna ada telefon saya sekitar dua bulan lalu (Jun), tapi saya tidak sempat angkat telefon sebab sibuk dengan penggambaran. Saya suruh dia telefon semula pada waktu malam, namun dia senyap sehingga kini,” jelasnya yang mengakui enggan masuk campur urusan peribadi melibatkan adiknya.

Ketika disoal tentang status perceraian Fyna bersama Zainal, Ayda mengakui bahawa rumah tangga adiknya bersama lelaki berusia 61 tahun itu sudah pun berakhir.

Ya betul seperti yang dikhabarkan (bercerai),” kata Ayda.

Sebagai kakak, Ayda percaya Fyna berada dalam keadaan baik kerana sudah faham dengan sikap adiknya itu setiap kali ditimpa masalah.

“Saya tahu tahap ‘kritikal’ dia. Kalau teruk sangat, dia akan cari saya. Jika tidak (mencari), maknanya dia okay.

Cuma dia tidak biasa dengan media dan netizen. Sebab itu dia cuba melarikan diri. Lagi pun dia berkahwin dengan seseorang yang dikenali. Bekas suaminya seorang legenda,” ujarnya.

Ayda yang ditemui ketika majlis pelancaran produk baharu AuraWhite Dazzle di Hotel Park Royal Kuala Lumpur, hari ini turut memberitahu, isu yang menimpa adiknya itu sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap keluarga, terutama ibunya.

keluarga mesilah terkesan, terutama emak. Namun Fyna pilih jalan itu (berkahwin dengan Zainal). Sebagai keluarga, kami terima apa yang dia pilih dan mahukan.

“Saya harap perkara yang berlaku ini adalah yang terbaik untuknya dan orang sekeliling yang terkesan,” jelas Ayda.

Sebelum itu, Fyna pada 9 Januari lalu mengesahkan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC itu, namun tidak mendedahkan butiran sebenar bila mereka melangsungkan pernikahan.

Bagaimanapun pada Mei lalu, anak Perempuan Zainal, Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial memberitahu bapanya sudah menceraikan Fyna pada April 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok