The Idol tidak disambung, peminat Jennie hampa

Hasrat peminat untuk melihat ahli kumpulan Blackping, Jennie untuk beraksi dalam musim kedua siri HBO berjudul The Idol nampaknya tidak kesampaian.

Ini kerana, siri sensasi berkenaan yang diterbitkan dan dilakonkan penyanyi The Weeknd tidak akan bersambung untuk musim selanjutnya.

Perkara itu diputuskan berikutan sambutan kurang memuaskan dan penstrukturan semula siri- siri arahan sutradara Amy Seimetz itu.

Selain Jennie, selebriti lain yang turut terlibat dalam naskhah The Idol termasuklah anak Johnny Depp, Lily Rose Depp dan Troye Sivan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok