Surat Kihyun buat Monbebe

ANGGOTA kumpulan MONSTA X, Kihyun mengumumkan penyertaannya dalam latihan ketenteraan melalui surat tulisan tangan istimewa buat peminatnya.

Menerusi surat tersebut, Kihyun mengucapkan terima kasih kepada peminatnya, Monbebe (nama kelab peminat) dengan meyakinkan mereka bahawa dia akan memanfaatkan masa sebaik mungkin bersama semua peminat sebelum menjalani latihan tentera.

Saya akan mendaftar pada 22 Ogos ini. Walaupun saya sudah bercakap mengenainya berkali-kali, saya tahu Monbebe tetap risau,” katanya.

Kihyun merupakan ahli keempat MONSTA X yang menyertai latihan tentera selepas Shownu, Minhyuk dan Jooheon.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok