[VIDEO] Sudah Rujuk? Fyna kunci mulut

No, no, no! (Tidak, tidak, tidak)! Saya tak nak cakap apa-apa. Saya mohon difahami.”

Demikian respons penyanyi sensasi, Fyna Jebat mengenai dakwaan kononnya hubungan dengan bekas suami, Datuk Zainal Abidin masih suami isteri dan belum lagi bercerai seperti didedahkan seorang individu rapat bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu sebelum ini.

Pemilik nama lengkap Nur Syafinaz Jebat ketika dihubungi HibGlam sebentar tadi bagaimanapun berterima kasih atas keprihatinan orang ramai tentang status perkahwinannya.

Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak boleh beri sebarang komen,” kata Fyna, 30.

Terdahulu, tidak sampai tiga bulan selepas didakwa bercerai, Zainal dan Fyna dilihat bersarapan bersama di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara, semalam.

Setakat makan berdua, situasi tersebut mungkin tidak mencetuskan tanda tanya, sebaliknya kemesraan hubungan pasangan sensasi itu yang turut makan bersuap mencetuskan banyak spekulasi.

Bekas jurulatih bola sepak terbabit juga dilihat menyuapkan hidangan seakan-akan laksa Johor ke mulut penyanyi berusia 30 tahun itu tanpa kekok.

Malah, mereka yang sedondon mengenakan pakaian rona hitam tampak tidak mempedulikan pelanggan lain apabila terus menikmati hidangan sambil berbual mesra.

Fyna yang berambut paras bahu awalnya duduk secara berdepan dengan Zainal, tetapi kemudian mengubah kedudukannya lebih hampir dengan bekas suaminya.

Susulan video dikongsikan dalam Instagram dan TikTok HibGlam, netizen tertanya-tanya mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.

Malah ada dalam kalangan pengikut laman sosial beranggapan Zainal dan Fyna atau nama sebenarnya,Nur Syafinaz Jebat sudah kembali rujuk.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal, 61, mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Kontroversi membabitkan mereka mula timbul selepas didakwa berkahwin secara rahsia sekitar awal tahun ini.

Sekian lama mengunci mulut, Fyna kemudiannya mengesahkan status sebagai isteri Zainal pada sidang media sebuah program realiti pada 9 Januari lalu.

Zainal sebelum telah berkahwin dengan Datin Zalina Zaini sejak 1980 dan dikurniakan tiga anak serta beberapa cucu.

Dalam satu pertemuan media sebelum ini, kakak Fyna, Ayda terpaksa menjadi galang ganti mengakui sudah ‘lost contact’ dengan adiknya sejak hampir tiga bulan lalu.

Kata Ayda, begitulah cara Fyna menenangkan diri. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok