Suami muda tak apa, komunikasi paling penting – Shila Amzah

MENDIRIKAN rumah tangga dengan pasangan yang jauh lebih mudah memang mencetuskan 1,001 persepsi dalam kalangan masyarakat. Hal sama juga dihadapi penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Namun bagi Shila, Ubai dilihat sebagai lelaki yang matang malah mereka tidak pernah menjadikan faktor umur sebagai penghalang.

“Umur tidak pernah menjadi masalah dengan kami kerana cara kami berkomunikasi antara satu sama lain adalah berbeza.

“Kami memahami satu sama lain secara menyeluruh dan perasaan (cinta) pun akan hadir secara semulajadi.

“Adakah Ubai memenuhi semua jangkaan saya? Dia memenuhi semua kriteria setakat ini,” jelasnya.

DIVA: Selesai sudah semua kes perceraian artis buat masa ini. Semoga semua dapat mulakan kehidupan baru.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok