Some cabaran besar buat Soyu

BEKAS anggota kumpulan Sister, Soyu berkongsi kisah duka ketika menyiapkan lagu hit duetnya dengan penyanyi Junggigo berjudul Some. 

Soyu mengakui, lagu tersebut merupakan pengalaman mencabar sepanjang kariernya.

Saya banyak menangis ketika rakaman dalam studio kerana prosesnya sangat sukar.

“Pelbagai cara saya cuba tetapi tetap sukar untuk dilakukan. Disebabkan itu, saya terpaksa diet,” dedahnya.

Pengorbanannya bagaimanapun berbabayar apabila Some kini menjadi siulan ramai.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok