Siti Nurhaliza tiada tandingan

MANTAP, hebat dan tiada tandingan.

Itu antara pujian yang bertebaran dalam media sosial sepanjang minggu ini selepas menyaksikan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023 di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur.

Siti yang menyanyikan lagu The Power of Love dendangan asal Celine Dion ternyata bukan sahaja memukau penonton tetapi juga David Foster yang mengiringinya dengan petikan piano.

Selain itu, video nyanyiannya tular dalam media sosial dan rata-rata netizen berpendapat suara dan teknik nyanyian Siti kekal hebat walaupun usianya sudah mencecah 40-an.

Harap Siti dapat berduet dengan Celine Dion atau Mariah Carey satu hari nanti,” komen netizen.

“Dia tidak perlu terlalu mencuba dan terima kasih kerana membanggakan Malaysia,” puji seorang pengguna TikTok.

Konsert berkenaan turut menampilkan barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok