Singkatnya gaun Alya Iman

ISU seksi seakan sudah sebati dalam hidup Alya Iman yang berkali-kali dikecam kerana imej mencolok mata.

Seperti tidak serik, Alya sekali lagi mengundang kecaman ramai apabila menggayakan busana singkat berwarna hijau dan merah jambu pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia menggayakan busana tersebut ketika menjadi model bagi sebuah jenama fesyen di atas pentas ‘runway’. Memang persis model profesional.

Ketika ramai memuji, ramai juga yang mengecam. Memanglah cantik, tetapi singkatnya sampai ke pangkal paha.

Berani sungguh Alya. Terbukti dia memang kebal dengan kecaman, apa sahaja orang cakap pun dia tak kisah.

Usia pun masih muda dan nak mencuba banyak benda cuma jangan terlalu berani, takut termakan diri nanti.

DIVA: Ramai puji Sherry Alhadad masih jaga aib kawan walaupun bergaduh.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok