Sharifah Rose, Ezzrin sedang bercinta?

KETIKA ramai beri tumpuan pada cerita artis buka tudung, muncul pula gosip cinta antara dua artis muda Sharifah Rose dan Ezzrin Loy.

Gosip tersebut mula bertebaran apabila kedua-dua mereka dilihat menghabiskan masa dengan bercuti dan berkhemah bersama.

Bukan itu sahaja, yang menguatkan lagi dakwaan mereka bercinta ialah apabila Rose dan Ezzrin memakai jaket sedondon. Memang ramai bersoraklah melihat perkara tersebut.

Diva okey sahaja kalau mereka bercinta dan nampaknya ramai juga yang merestui hubungan mereka walaupun Rose mahupun Ezzrin tidak mengaku secara rasmi lagi.

Kalau ramai sudah restu, teruskan sahaja. Selagi tidak buat perkara menyakitkan mata atau hati, teruskan saja percintaan itu.

DIVA: Pelik juga bila ada konsert beberapa penyanyi Indonesia yang berlangsung sampai dua kali setahun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok