Selesai jadi wali, ND Lala bergegas tinggalkan majlis Shila Amzah

BARANGKALI tidak mahu mengganggu keharmonian suasana, penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk ND Lala dilihat meninggalkan pekarangan majlis perkahwinan anaknya, Shila Amzah yang berlangsung pada pagi tadi.

Sebelum acara akad nikah, ND Lala atau nama asalnya Amir Amzah Salleh lengkap berpakaian baju Melayu putih hadir bagi menjadi wali sekali gus menikahkan anak sulungnya itu.

Difahamkan, tindakan pelantun lagu Buah Hati Di Kebas Orang itu segera meninggalkan majlis adalah bagi mengelak daripada diwawancara pihak media. ND Lala juga tidak menyertai sesi fotografi keluarga.

Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Sarman enggan ditemu bual pihak media.

Pada pagi tadi, anaknya yang juga merupakan penyanyi iaitu Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai dengan sekali lafaz di Boathouse, Ampang.

Sebelum ini, semasa majlis pertunangan Shila, ND Lala turut hadir sekali gus memberikan bayangan kemelut dalaman keluarga semakin pulih.

Pergolakan rumah tangga penyanyi berusia 62 tahun itu mula hangat diperkatakan apabila isterinya, Fauziah Sarman berkongsi gambar seorang wanita. Siti Munirah Abd. Ghani  didakwa sebagai madunya, sekali gus seperti mengesahkan gosip suaminya itu beristeri muda.

Spekulasi rumah tangga ND Lala dan Fauziah semakin memburuk adalah apabila wanita terbabit muncul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April lalu.

Begitupun, anaknnya Syada (adik Shila Amzah) menafikan ibunya ke mahkamah bagi menuntut cerai.

Shila sendiri meminta keluarga mereka diberikan ruang dalam menghadapi isu tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok