Sebab bikini hijau, peminat New Jeans, Lisa Blackpink berbalah

Gara-gara memakai bikini hijau ketika bercuti di Greece baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Lisa menerima kecaman hebat daripada netizen.

Gaya berani matinya itu menerima pelbagai respons daripada netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakannya yang bernai memuat naik foto tersebut untuk tatapan ramai.

Tanpa sebarang kapsyen, pelantun lagu Lalisa itu berkongsi beberapa keping foto yang sedang bercuti termasuk ketika berenang dengan memakai bikini hijau.

Antara paling mencuri perhatian ramai ialah fotonya yang menampakkan bahagian badan belakang badannya termasuk punggungnya.

Disebabkan foto tersebut juga, sekumpulan peminat kumpulan wanita Korea Selatan, New Jeans turut dihentam ramai kerana ‘menyerang’ dengan menyindir Lisa dalam beberapa hantaran media sosial.

“Dia nampak sangat teruk,” kata pemilik akaun @newjeansglobal.

Perkara itu seterusnya mengundang rasa berang peminat Lisa seterusnya menggesa peminat News Jeans memohon maaf.

Tidak tahan dengan kecaman ramai, pemilik akaun tersebut seterusnya meminta maaf kerana ketelanjuran kata-kata dan turut memohon peminat Blackpink tidak menyerang kumpulan idola mereka.

Sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi Lisa, 26, bercuti di Greece dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TAG Heur.

Selain itu, Lisa juga pernah memberitahu dia tidak berani untuk memuat naik foto memakai bikini kerana masih berada di bawah pengawasan ibunya.- HIB GLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok