Saya tak lakukan apa-apa pun, sumpah! – Bell Ngasri

LAKUKANLAH apa sahaja, semua benda akan bikin orang ramai pecah perut dengan gelagatnya.

Itu yang berlaku apabila bintang paling popular ketika ini iaitu Bell Ngasri apabila meninggalkan komen lucu dalam sebuah hantaran Facebook mengenai aktres cilik, Qistina Raisah yang meminta artis pernah memenangi anugerah tidak angkuh.

Dalam komen tersebut, Bell berseloroh dengan menyangka kenyataan tersebut ditujukan kepadanya yang baru sahaja memenangi trofi Artis Komedi Popular dan Bintang Paling Popular baru-baru ini.

“Dia cakap mengenai saya ke? Ala, saya tidak lakukan apa-apa pun, sumpah,” selorohnya dalam ruangan komen.

Komen tersebut seterusnya mengundang tawa ramai selain rata-rata netizen berpendapat kenyataan Qistina bukan ditujukan kepada Bell yang disifatkan sebagai artis paling merendah diri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok