Resipi sambal sotong Ira Kazar laris

SEMAKIN aktif dan terbuka dalam media sosial, isteri pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat kerap ‘tayang’ skil memasak buat suami tercinta.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin tampak teruja berkongsi foto juadah air tangannya iaitu sambal sotong kegemaran pengarah sensasi itu.

“Sambal sotong favourite (kesukaan) suamiku,” kongsi Ira menerusi perkongsian dalam Instastory.

Difahamkan, pengikut mula membanjiri direct message (DM) yang meminta resepi sambal sotongnya.

Selepas berkongsi resepi tersebut, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu membuka ruangan pertanyaan tentang lauk masakannya.

Sebelum ini, Ira, 28, turut mendapat pujian kakak kandung iaitu Yasmin Kazar mengenai sotong tumisnya.

Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 6 Januari lalu di Thailand dan berwalikan Kazar.

Perkahwinan itu secara tidak langsung menjadikan Ira sebagai isteri kedua kerana Puteri Sarah Liyana ketika itu masih isterinya yang sah.

Namun, ikatan Syamsul dan Sarah terlerai pada 14 Jun lalu setelah naik turun mahkamah sekali gus menjadikan Ira kini satu-satunya isteri sutradara sensasi itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok