Repvblik imbau memori indah silam

PERNAH mencipta fenomena suatu ketika dahulu, karya lunak Rebvblik terus menjadi siulan anak muda sehingga hari ini.

Tidak hanya omongan, gelanggang Zepp Kuala Lumpur pada 11 Ogos lalu menjadi saksi persembahan cemerlang mereka menerusi Konsert Repvblik 19th Anniversary Live In Kuala Lumpur.

Tepat pukul 9 malam, kemunculan kumpulan itu disambut teriakan peminat yang sudah lama kehausan hiburan langsung daripada penyanyi pujaan mereka.

Tampil sederhana, barisan pemuzik asal Bogor, IndonesiaIndon itu hanya mengenakan sepersalinan busana sepanjang konsert, malah vokalisnya Ruri Herdian Wantogia santai mengayakan jaket kulit hitam diacu baju-T bersama celana jeans.

Konsert berdurasi hampir dua jam itu tidak sedikit pun mencetuskan rasa mengantuk, bahkan khalayak terutamanya anak gadis bagai tidak keruan apabila suara vokalis tampan bertubuh kekar itu memberi salam tanda ingin mula persembahan.

Khalayak tahu rantaian lagu hits kumpulan dibarisi empat lelaki itu bakal membawa mereka ke terowong masa, seiring imbasan semula kisah cinta yang mungkin pernah mekar berlatarkan lagu-lagu dendangan.

REPVBLIK turut membawakan lagu kumpulan Exists iaitu Mengintai Dari Tirai Kamar namun dengan versi terbaharu, Buih Jadi Permaidani.

Repertoire persembahan terisi dengan Tiada Guna Lagi, Sakit Aku Sakit dan Jika Aku Mati diikuti dengan lagu yang membuat 1,700 penonton melompat dan menari bersama-sama seperti Harus Berbuat Apa Lagi dan Aku Tetap Cinta.

Repvblik melantunkan lebih 15 dendangan termasuk lagu-lagu hits yang pernah menjadi siulan, bahkan fenomena dalam arena muzik tanah air suatu ketika dahulu.

Tidak terhenti di situ, momentum konsert dimantapkan lagi persembahan istimewa khas buat rakyat Malaysia menerusi lagu cover daripada kumpulan Exists iaitu Mengintai Dari Tirai Kamar, namun dengan versi terbaharu Buih Jadi Permaidani.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok