Peminat Jepun boikot Joshua

DESAS-DESUS sedang menjalin cinta dengan seorang model bernama Cho Mi-young membuatkan anggota kumpulan Seventeen, Joshua diboikot peminat.

Entah apa yang tidak kena, rata-rata peminat di Jepun meluahkan kemarahan dan kekecewaan selepas spekulasi percintaan penyanyi berusia 27 tahun bersama Mi-young.

Lebih teruk, peminat Jepun juga tidak mahu membeli barangan cenderahati bermotif Joshua sekali gus menjadikan barangan penyanyi itu langsung tidak laku.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok