Peminat enggan maafkan Choi Ye-na

PERMOHONAN maaf daripada pihak pengurusan penyanyi Choi Ye-na, Yuehue Entertainment berkaitan isu album mengutuk selebriti antarabangsa, Olivia Rodrigo tidak diterima peminat.

Majoriti peminat mengharapkan Yuehue Entertainment memohon maaf kepada Olivia terlebih dahulu malah ramai kesal dengan kegagalan label terbabit menyelesaikan isu itu dengan pantas.

Yuehue Entertainment menyiarkan permohonan maaf berkenaan album Hate XX kerana tidak memaklumkan kepada peminat secara rasmi bahawa mereka telah menghentikan aktiviti promosi album tersebut.

Kami memohon maaf atas respons kurang baik mengenai isu Yena untuk album keduanya Hate XX yang dilancarkan Julai lalu,” kata pihak pengurus Ye-na.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok