Park Seo-joon rasa hidup diceroboh

PELAKON, Park Seo-joon kini lebih berhati-hati sebelum mendedahkan mahupun bercerita lanjut tentang kehidupan peribadinya.

Hal ini kerana soal karier sehinggalah kisah peribadi, semuanya dibongkar netizen untuk dijadikan bahan bualan dalam media sosial.

Saya jarang menyembunyi kehidupan peribadi saya, tetapi ada sebab mengapa saya memutuskan untuk mengambil langkah menyimpan kemas beberapa perkara.

“Hidup saya sentiasa diganggu. Pernah terjadi, apabila saya memandu kereta keluar dari garaj kediaman saya, ada orang mengekori ke mana sahaja saya pergi,” katanya.

Jelas pelakon tinggi lampai itu, pengalaman tersebut menjadikannya lebih berhati-hati.

Bukan saya sahaja yang terganggu, keluarga pun kini sangat berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka.

“Bimbang tindakan mereka akan menjejaskan karier saya,” ujarnya lagi.

Selain itu, Seo-joon memberitahu dia tiada pilihan selain terus berhati-hati kerana dia dan keluarga sentiasa diperhatikan peminat fanatik yang menggunakan alasan sayang atau ambil berat untuk menceroboh kehidupan peribadinya.

Kadang-kadang peminat terlalu fanatik sehingga menganggu kehidupan peribadi saya atas dasar ingin ambil berat.

“Saya rasa pengalaman ini tidak memberi saya pilihan selain terus berhati-hati,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok