Park Seo-joon dikecam kurang ajar

PELAKON Park Seo-joon dikatakan bersikap kurang ajar semasa acara mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul Concrete Utopia.

Kejadian tersebut berlaku apabila seorang peminat menghadiahkan pengikat kepala buat heroin Seo-joon dalam filem terbabit iaitu Park Bo-young.

Aktres itu menerima barangan tersebut dan menyerahkan kepada bintang drama Itaewon Class itu, namun ditolak dengan alasan ingin menjaga rambut.

Ramai yang mengecam perbuatan aktor itu kerana dikatakan tidak melayan peminat yang hadir yang selama ini menyokong karier lakonannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok