Park Na-rae ada 6 peti sejuk

PENDEDAHAN lucu dibuat pelawak Park Na-rae yang memaklumkan rumahnya memiliki enam peti sejuk.

Hal tersebut disebabkan dia dan keluarga sentiasa menyediakan makanan dalam jumlah yang besar.

“Saya ada peti sejuk dari dinding ke dinding dan jumlah kesemuanya ada enam buah.

“Bukan saya sahaja yang menyediakan makanan dalam jumlah banyak tetapi mak dan nenek juga begitu.

“Apabila mereka membuat kimchi, mereka akan menggunakan 250 biji kubis,” dedahnya dalam program realiti Saturday Is Good.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok