Netizen restu Fizi jadikan Fara Fauzana ‘mama’ Ameena

“AMEENA nak panggil Fafau auntie (mak cik) ke kakak atau mama. Eh, yang mana onz (okey).”

Kapsyen nakal penyampai radio Hot FM, Fizi Ali itu yang memuat naik gambar bersama rakan sekerja, Fara Fauzana dan anaknya, Ameena Sofia mengundang perhatian netizen sehingga menjadi bahan usikan.

Menjengah ruangan komen, ramai seakan merestui perhubungan jejaka berusia 34 tahun itu dan Fara Fauzana sekiranya benar-benar terjadi suatu hari nanti.

“Afundi (undi) mama. Mama halal terus pun okey.

“Yang ini kami onz (okey) sangat cantik lembut penyayang dan baik.

“Dah macam potret famili,” demikian antara komen berbaur usikan yang diberikan netizen.

Fizi atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizudin Alimudin bergelar duda sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan bekas isteri yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri pada Disember 2021.

Penyampai radio itu mendirikan rumah tangga dengan Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 34, pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok